Latest Novels :
TOP5 NOVEL PILIHAN KAMI - 21 JAN 2013 ----------[01] Aku Bercerita ----------[02] Ops! Zulaikha ----------[03] I Love You Cikgu ----------[04] Amar Farish ----------[05] Sumbat
Selamat Datang

Tentang Blog Ini


Blog ini dibina untuk memperkenalkan, memaparkan dan mempromosi novel-novel dari penulis dan terbitan Malaysia sahaja. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memberi ruang kepada pengemar atau pembaca novel Malaysia menurunkan, meninggalkan atau berkongsi ulasan, komen dan pendapat mengenai novel-novel yang dipaparkan di blog ini yang telah dibaca.

Dari ulasan, komen dan pendapat anda itu mungkin dapat membantu pembaca lain yang memerlukan review sesebuah novel itu sebelum membeli untuk mengelak berlakunya 'novel menyesal beli' dan sebagainya. Sharing is caring! Selain itu dapat juga membantu penulis novel tersebut untuk memperbaiki kesilapan, kualiti dan kelemahan yang ada untuk karyanya di masa akan datang.

Jika anda ada novel yang  dirasakan baik dan bagus untuk dikongsikan di sini,tetapi pihak admin blog ini tidak upload di blog ini, bolehlah dimaklumkan kepada kami diruang hubungi kami. Kami akan cuba mengambil tindakan di setiap cadangan, aduan dan pendangan anda berkiatan dengan blog ini.

Hanya novel terpilih sahaja akan disiarkan di blog ini. Jika ada novel yang tidak tersiar diblog ini selepas ada yang mencadangkan, itu bermakna novel tersebut mungkin ada menyentuh sensitiviti pembaca atau masyarakat. Selain itu, andai ada novel yang sebelum ini ada, dan tiba-tiba hilang itu bermakna kami menerima aduan isi karya tersebut ada yang membawa ke arah negatif kepada pembaca. Aduan anda amat-amatlah dihargai.

Blog ini hanya akan memaparkan novel-novel Malaysia yang diterbitkan selepas 1 JANUARI 2013 sahaja. Harap maklum.

Terima kasih kerana melawat dan menyokong novel Malayu kita.

KAMI tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Setiap yang menghantar komen dan pendapat dengan ini telah bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT kami.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Review NOVEL MALAYSIA
Copyright © 2013. Review | Novel Malaysia - All Rights Reserved
Published by Novel Malaysia
Proudly powered by Blogger