SEGALANYA MUNGKIN
RM28.00
Sinopsis:-Kerana kasihkan ayahnya, Mia sanggup
mengorbankan perasaannya sendiri kerana ayahnya seorang
yang telah membesarkannya. Bermula saat itu
‘pengembaraan’ Nur Mia dipenuhi liku-liku yang berduri.
Muaz Hasbi yang disangka dapat menumpang kasih,
nyata tidak sudi menerima kehadirannya. Segala tohmahan
dan cacian diterima dengan hati yang lara sehingga
menjadikan dia seorang wanita yang cekal hati.
Apabila dua hati sudah mula bersatu, Nur Mia
dihidangkan pula dengan babak kecurangan suaminya.
Dengan langkah penuh kecewa, Nur Mia nekad meninggalkan
suaminya.
Muaz Hasbi sedar yang dia amat memerlukan Nur
Mia. Egonya dibuang jauh, pujuk rayu mulai mewarnai
kehidupan dua insan ini.
Bahtera bahagia yang baru dilayari kembali dilanda
angin kencang dengan hadirnya insan yang tidak pernah
diharapkan lagi. Nur Mia semakin lena dengan janji-janji
seorang ‘ibu fantasi’. Warith Fahmi pula semakin rancak
membuai jiwa dengan angan-angan kosong rekaannya
semata-mata.
Muaz Hasbi nekad mempertahankan rumah
tangganya. Dia yakin masih ada sinar bahagia untuk rumah
tangganya. Nur Mia juga mempunyai jiwa yang sama. Sejauh
mana usaha Muaz Hasbi? Sedalam mana harapan Nur Mia?
“Kerana rindu itu aku setia... kerana kasih ini aku
di sini... kerana sayang itu aku terluka... kerana cinta ini aku
terus menanti.”
Post a Comment