Aduhai, Mat Skema!
Levis Delisya
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-99-3
~512 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 12 Feb 2013
Levis Delisya
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-99-3
~512 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 12 Feb 2013
Sinopsis
Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?“Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana!” ~ Fariz
“Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya.” ~ Nur Hanna
Post a Comment