Khilaf Semalam
RM21.00
NO. ISBN:- 978-967-5067-99-0
SEMENANJUNG:- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SABAH/SARAWAK: RM24.00 AHLI KN: RM20.00
Sinopsis:-
Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.
Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini. Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya.
Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.
Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.
Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya.
Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.
Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?
Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.
“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”
Post a Comment