Siapa sangka percaturan perdana menteri Malaysia membeli vaksin daripada Asstrold Pharmacy untuk menangani wabak H1N1 gelombang ketiga yang menyerang Malaysia mengundang tragedi. Perjanjian awal Malaysia dan Asstrold Pharmacy ialah Malaysia harus menyediakan lokasi untuk makmal rahsia Asstrold Pharmacy di salah satu daerah di Malaysia dan Asstrold Pharmacy dengan ‘bermurah hati’ akan menjual vaksin dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran dunia. Pulau Eurasia menjadi taruhan perdana menteri Malaysia.
Beberapa tahun kemudian, Asstrold Pharmacy mula menunjukkan taring mereka. Rancangan yang direncanakan oleh presiden syarikat itu, Luis Darren akhirnya mula menunjukkan kesan. Virus T yang dibangunkan daripada sisa tinggalan Racoon City di USA mula disebarkan. Akibatnya, sebuah epidemik berlaku di mana telah mengubah hampir seluruh penduduk Pulau Eurasia menjadi zombi dalam masa seminggu.
Mujurlah Syamir bukan salah seorang daripadanya. Bersama kakaknya serta seorang pelakon yang terkenal, Syamir bekerjasama untuk keluar hidup-hidup daripada situ. Pelbagai rintangan menantii Syamir. Kematian orang yang tersayang, terperangkap d tengah-tengah zoo yang dikelilingi oleh haiwna yang dijangkiti dan hotel yang terbakar salah satu daripadanya.
Dalam masa yang sama, anak perdana menteri Malaysia pula diculik oleh Asstrold Pharmacy dengan tujuan untuk dijadikan barang ugutan. Jika perdana menteri berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Eurasia, anaknya itu akan dibunuh. Untuk menyelamatkan situasi, seorang ejen perisik Malaysia telah dikirimkan manakala pasukan komando Malaysia yang terkenal, Komando 69 telah dikerahkan untuk menjaga keamanan Eurasia bersama polis dan tentera.
Ini ialah kisah tiga manusia berbeza, tetapi kewujudan mereka mempunyai kaitan. Kisah bermula ketika Syamir baru sahaja bangun daripada tidur, dan mendapat khabar ngeri daripada kakanya bahawa pegawal keselamatan rumah mereka dibaham zombie. Harish pula dipanggil untuk menjadi hero menyelamatkan Shila manakala Ashraf terpaksa dikerahkan ke Eurasia untuk proses mengawal keamanan dan menghalang penduduk Eurasia daripada keluar sesuai dengan perintah kuarantin.
Post a Comment