Latest Novels :
TOP5 NOVEL PILIHAN KAMI - 21 JAN 2013 ----------[01] Aku Bercerita ----------[02] Ops! Zulaikha ----------[03] I Love You Cikgu ----------[04] Amar Farish ----------[05] Sumbat
Selamat Datang

Dia Hero Hatiku

Dia Hero Hatiku
Eina Afrina


RM 25.90
ISBN: 978-967-0535-04-3
~608 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 31 Jan 2013

Sinopsis
Lutfi Badriz yang selalu on off dalam hidup Zoey betul-betul buat Zoey berada di zon confuse. Pemuda yang cukup pakej itu ramai pula peminatnya. Runsingnya Zoey bila jantungnya asyik berdebar setiap kali bertemu Lutfi. Mampukah lelaki seperti Lutfi setia pada yang satu? Macam tak percaya saja! Zed pula best friend Zoey sejak kecil. Mereka ada keserasian walaupun macam anjing dengan kucing. Zed bukan mat cintan-cintun dan kewujudannya bagaikan tidak penting. Sayangnya, Zed selalu lambat dalam segala hal termasuklah soal cinta. Pertunangan Zoey dan Lutfi sudah dimeterai maka ia harus ditepati. Antara kemahuan Zed dan kecurangan Lutfi, Zoey tersepit dalam konflik diri.

“Kau orang berdua ni memang elok sangat berkawan baik. Dua-dua penganggur terhormat. Sekejap bergaduh, sekejap berbaik, lepas tu bergaduh lagi. Perangai macam budak-budak sekolah tadika. Apa kata kalau mak kahwinkan aje kau dengan Zed tu? Habis cerita.” - Mak Zarah

“Kau lain, Lutfi lain. Walaupun aku cintakan Lutfi tapi aku tak pernah rasa happy seperti aku bersama kau. Aku rasa lebih terbuka bila bersama kau berbanding Lutfi. Banyak yang aku kongsi dengan kau, tapi tidak dengan Lutfi.” - Zoey

“Zoey, aku kecewa dengan kau. Betul-betul kecewa. Perkara penting macam tu kau tak beritahu aku. Selama ni aku tak pernah sembunyikan apa-apa dari kau. Semua aku cerita pada kau. Sampai aci cuci toilet kat tempat kerja aku pun, aku cerita kat kau. Tapi kau senyap-senyap couple dengan Lutfi dan aku langsung tak tahu apa-apa.” - Zed


KAMI tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial atau blog ini di bawah Akta 114A Keterangan 2012. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Setiap yang menghantar komen dan pendapat dengan ini telah bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT kami.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Review NOVEL MALAYSIA
Copyright © 2013. Review | Novel Malaysia - All Rights Reserved
Published by Novel Malaysia
Proudly powered by Blogger